Tuesday 3 April 2012

ubah perangai anda pleasee....


Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera..
Nak cerita ni,
Adalah seorang hamba Allah ni, tak boleh tengok orang lebih, mesti jealous. Tak tahu lah kenapa. Nak kata dia tak berharta, apa yang dia nak semua dapat. iPhone ,Laptop , kamera , semua dapatlah! Dia juga tidak jujur, suka cakap belakang. Depan cakap lain, belakang cakap lain, apa nak jadi… bila dapat apa yang dia inginkan, kalau boleh satu Facebook kena tahu!
Sebenarnya, kita ni hidup perlu jujur. Jangan menipu dan jangan bangga diri. Hanya kerana kita lebih sedikit daripada kawan – kawan ,tidak bermakna kita boleh BANGGA dan RIAK dengan kawan-kawan!
Saya terfikir, bagaimana ada manusia yang dilahirkan dengan sikap yang buruk seperti ini? Manusia jenis ini tidak pernah berpuas hati. Bukan dari segi akademik, tapi dari segi kemahuan. Apa yang dimaksudkan dengan kemahuan? Bermula daripada perkataan ‘mahu’. Mahu bermaksud hendakkan sesuatu mengikut nafsu. Bermakna mereka ini terlalu obses untuk mendapatkan sesuatu barangan itu. Tidak kiralah sama ada ianya barangan elektronik *gadjet* atau barangan lain.
Tolonglah berubah. Jangan jadi munafiq! Berhenti sikap propaganda tu ! sikap suka menipu awak tu tidak boleh mencipta kebahagiaan kelak.
~
~
~
~
Selain itu,saya nak ucapkan…
ISABELLA CARO..
#takziah buat Isabella Caro yang meninggal dunia pada 3 November 2010. Warganegara Perancis itu menghidap penyakit aneroksia, iaitu seseorang yang mahu berdiet secara ekstrem. Saya tahu berita ini melalui siaran 553(NGEO) bertajuk Taboo. Isabella meninggal dua minggu selepas rakaman itu dibuat. Wanita seberat 29 kg yang bekerja sebagai peragawati itu menasihati kita semua supaya tidak terlampau mengamalkan diet.

3 comments: