Sunday 6 May 2012

I'M SORRY ...

 assalamualaikum w.b.t,
Eya just nak cakap yang Eya mintak maaf sebab delete blog ni untuk seketika. walau bagaimanapun, Eya akan kembali membuka blog ini dan membuat entri yang penuh dengan kontroversi !!

sekian , terima kasih. sayang korang semua..

Monday 30 April 2012

CERITA KU CERITA MU..


Assalamualaikum!!
Wahh,, nampaknya semakin meriah pagar ni.
 Pagar? Apakah??
Pagar pun tak tau ke? Gate lah =,=’
Bagi pelajar yang bersekolah di SMKTD, semua mesti dah tahu apa itu “pagar”. Tapi, kalau masih tak tau apa itu pagar, saya akan jelaskan…
Pagar ialah satu sistem penyaring bahan larangan yang terletak di hadapan Sekolah, iaitu di kawasan pagar Sekolah (saya tidak tahu dan tidak mahu tahu sama ada sekolah lain membuat sistem sebegini tetapi SMKTD memang membuat sistem ini). Sudah setahun 5 bulan saya bertugas di pagar. Tahun pertama saya amat rumit dan sukar. Tetapi lama- kelamaan dah biasa. Tahun lepas saya cuma pengawas biasa. Sekarang dah naik pangkat~ *takdelah sampai ketua pengawas, sekadar penolong ketua pagar.. baru setahun bertugas pagar,, takkanlah tiba-tiba pegang jawatan ‘ketua pengawas’?*
Bercakap tentang jawatan, saya ingin berterima kasih kepada….
APIZ SUDIN A.K.A HAFIZZUDIN

Thanks apiz. you save my live!!
Dia ni penolong ketua pagar yang asal. Hensem kan?*mata ke atas, tangan ke bahu, sengetkan mulut, kembangkan hidung* bekas makwe dia panggil dia gajah Somalia. Plawok plawok plawok!
Pengawas-pengawas yang bertugas di pagar selain saya (latest):
    • Rakeesh (ketua pagar yang malas =P)
    • Izza Naziera (penolong ketua pagar yang rajin. Biasalaa..)
    • Khairi (seorang jejaka yang rajin menolong saya di pagar)
    • Piong Meng Zian (tukang angkat toolbox, junior form 1)
    • Tan Kai Li (cute girl, cekap,pantas, junior form 1)
    • Reasmyraj (bekas ketua pengawas darjah 6, lemah lembut dan manja, junior form 1)
    Turut membantu:

    ·         Mohamed Ali (ketua pengawas yang berfikiran matang dan suka bergurau.)
    ·         Yap Tzy Weoi (tiba-tiba dia cakap dekat cikgu yang dia nak bertugas kat pagar, dan cikgu kasi. Apakah??)
    Dan,, kawan saya yang paling cemerlang,terbilang dan gemilang,

    Nama dia Nazrin Alia. Macam saya, dia pun ada blog jugak. Nazrin Ali.a's blog.
    Itu je lah yang saya nak bagitahu hari ini. Lebih baik dari tak ada entri langsung, kan??

    muka ngantukk.............. 


    Saturday 21 April 2012

    my precious wish..

    Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera .


    Bersyukur ke hadrat illahi kerana memberi peluang untuk saya menulis di dalam blog ini sekali lagi.
    Jika entri sebelum ini  saya dan Dia (kawan terbaik saya) bergaduh, kali ini saya mahu membuat pengakuan.
    “saya ingin meminta maaf”




    Ya! Saya mahu meminta maaf kepada Dia. Saya mengalah. *saya seorang yang degil. Dia pula seorang yang keras kepala. Sesuuuai sangat kan??* 


    Kepada kawan saya itu, aku tahu kau selalu stalk blog aku. *jangan ingat aku tak tahu* kalau kau terbaca entri ni, aku harap sangat kau dapat maafkan aku. Kau tau tak yang kau dah buat aku macam orang gila? Aku penat membebel dengan kau, kau cuma cakap “aku nak tido” je?? Oklah takpe. Aku terima kau cakap macam tu sebab kau boring dengan ‘bebelan’aku dan masa tu hujan lebat kan?? Aku,Khairi,dengan budak-budak pagar yang lain habis basah. *nasib baik ada bawak towel masa tu.*


    Ok lah. Saya dah malas nak bebel lagi. Takut  Dia ngantuk lagi..
    Sekian, trimassehh..

    Wednesday 18 April 2012

    KEJADIAN HARI ISNIN 15-4-2012

    Assalamualaikum,
    Hari ni saya nak cerita sesuatu yang tak berapa penting, tapi cuma nak share sedikit.

    Sebelum itu, saya mahu membuat sedikit perubahan pada blog saya. Saya ingin memadam entri yang bertajuk “santai sahaja” kerana telah mendapat banyak komen yang membangkang entri itu. Saya sedar akan kesilapan saya dan saya tidak akan membuat entri yang seperti itu lagi.
    Cerita bermula di sini…..
    Manusia sering berlumba-lumba untuk menyakiti hati manusia yang lain .Kebelakangan ini saya sering diejek oleh pelajar-pelajar lelaki tingkatan 3. Mengapa mereka buat begitu? Terdetik di hati saya untuk bertanyakan soalan itu kepada mereka. Apa salah saya? apabila ditanya, mereka menjawab:
    “Dia suruh.”
    Siapakah Dia? Terpaksa saya rahsiakan di sini kerana tidak elok jika saya mengaibkan orang itu, walaupun dia telah membuat perkara yang telah memalukan saya. Ketika itu saya rasa amat marah. Kemarahan saya boleh disamakan dengan bara api yang sangat kecil disimbah dengan minyak petrol. Bahang membara .Membakar semua harta benda yang boleh dicapai. Serentak dengan itu, air mata saya yang sudah lama ditahan dek perangai Dia yang masih tidak berubah itu, akhirnya jatuh berderai di lantai simen di hadapan makmal sains. Kesedihan yang terlampau. Dia menuduh saya menabur fitnah, syok sendiri, kepoh, dan sebagainya yang tidak sedap didengar.
    “aku lagi suka kalau kenkawan aku ejek kau”
    Pelik betul dia ni. Dia suka kawan-kawan dia ejek saya mengunakan nama dia sendiri? Bila ditanya mengapa dia ‘suka’, dengan pantas dia menjawab:
    “suka hati akulah!”
    Warkah untuk Dia, sengaja saya menaip dalam bahasa inggeris kerana saya mahu Dia menghayati dan memahami setiap patah perkataan ini. 

    Bro, you know something? When I was form 1, I think you are the best guy ever I’ve met. But now, you suddenly change from nice to worst. About “our” story, it only rumor. Just because I said it, it doesn’t mean that I meant it. People say crazy things. Just because you heard it, it doesn’t mean it’s a true story bro. so beware and don’t trust people. Yes I know you are not a child anymore but your attitude is like a 2-years old baby. Remember this, PMR is coming to you. Before we lost contact each other, I’d like to see you change from worst to nice.

     Dengan perasaan yang bercampur-baur , saya akhiri artikel ini dengan sepatah dua ucapan.

    Jangan sesekali menyakiti hati kaum hawa kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang lemah. Tetapi, kaum yang lemah inilah yang bakal menggegarkan dunia serta  mengharumkan nama negara!
    Dan orang yang menulis artikel inilah suatu hari nanti akan menolongmu ketika berada dalam kesusahan kelak. Wassalam.