Wednesday 18 April 2012

KEJADIAN HARI ISNIN 15-4-2012

Assalamualaikum,
Hari ni saya nak cerita sesuatu yang tak berapa penting, tapi cuma nak share sedikit.

Sebelum itu, saya mahu membuat sedikit perubahan pada blog saya. Saya ingin memadam entri yang bertajuk “santai sahaja” kerana telah mendapat banyak komen yang membangkang entri itu. Saya sedar akan kesilapan saya dan saya tidak akan membuat entri yang seperti itu lagi.
Cerita bermula di sini…..
Manusia sering berlumba-lumba untuk menyakiti hati manusia yang lain .Kebelakangan ini saya sering diejek oleh pelajar-pelajar lelaki tingkatan 3. Mengapa mereka buat begitu? Terdetik di hati saya untuk bertanyakan soalan itu kepada mereka. Apa salah saya? apabila ditanya, mereka menjawab:
“Dia suruh.”
Siapakah Dia? Terpaksa saya rahsiakan di sini kerana tidak elok jika saya mengaibkan orang itu, walaupun dia telah membuat perkara yang telah memalukan saya. Ketika itu saya rasa amat marah. Kemarahan saya boleh disamakan dengan bara api yang sangat kecil disimbah dengan minyak petrol. Bahang membara .Membakar semua harta benda yang boleh dicapai. Serentak dengan itu, air mata saya yang sudah lama ditahan dek perangai Dia yang masih tidak berubah itu, akhirnya jatuh berderai di lantai simen di hadapan makmal sains. Kesedihan yang terlampau. Dia menuduh saya menabur fitnah, syok sendiri, kepoh, dan sebagainya yang tidak sedap didengar.
“aku lagi suka kalau kenkawan aku ejek kau”
Pelik betul dia ni. Dia suka kawan-kawan dia ejek saya mengunakan nama dia sendiri? Bila ditanya mengapa dia ‘suka’, dengan pantas dia menjawab:
“suka hati akulah!”
Warkah untuk Dia, sengaja saya menaip dalam bahasa inggeris kerana saya mahu Dia menghayati dan memahami setiap patah perkataan ini. 

Bro, you know something? When I was form 1, I think you are the best guy ever I’ve met. But now, you suddenly change from nice to worst. About “our” story, it only rumor. Just because I said it, it doesn’t mean that I meant it. People say crazy things. Just because you heard it, it doesn’t mean it’s a true story bro. so beware and don’t trust people. Yes I know you are not a child anymore but your attitude is like a 2-years old baby. Remember this, PMR is coming to you. Before we lost contact each other, I’d like to see you change from worst to nice.

 Dengan perasaan yang bercampur-baur , saya akhiri artikel ini dengan sepatah dua ucapan.

Jangan sesekali menyakiti hati kaum hawa kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang lemah. Tetapi, kaum yang lemah inilah yang bakal menggegarkan dunia serta  mengharumkan nama negara!
Dan orang yang menulis artikel inilah suatu hari nanti akan menolongmu ketika berada dalam kesusahan kelak. Wassalam.

No comments:

Post a Comment