Friday 16 March 2012

REMAJA... :)


Assalamualaikum skod-skod sekalian,, !
BAYANGKAN…
Ada seorang remaja perempuan, belasan tahun,memakai baju kurung sekolah. Nampak sendat di bahagian perut. Dia berjalan perlahan-lahan. Menahan kesakitan di belakang sekolah. Dia memegang perutnya. Tiba-tiba dia terjatuh . darah mengalir di kedua-dua pehanya. Dia  menjerit kesakitan. Jeritannya amat mengerikan.
APAKAH YANG TERJADI KEPADA REMAJA ITU??
Jengg jengg jengg… (sound effect)
Sebenarnya cerita kat atas ni cuma imaginasi sahaja. Tapi, boleh jadi real taw! Boleh jadi real…. Kalau remaja-remaja sekalian mengamalkan gaya hidup TERLAMPAU bebas..
Apa maksud remaja?
Remaja ialah perempuan/lelaki yang baru mencapai akil baligh. Nak lagi maksud? Try GOOGLE ye sayang…
Pada zaman FACEBOOK ni, kalau beli newspaper je mesti ada berita pasal buang bayi,buang bayi, dan buang bayi. Tapi harini saya tak nak cerita pasal baby, takut MELELEH air mata!
Hari ini nak cerita pasal remaja . semua orang tau remaja tidak boleh hidup tanpa bimbingan. Tanpa bimbingan, rosaklah remaja seMalaysia.
TAPI,
Remaja sekarang ni sudah BEBAS bersiar-siar di City Square, J.P.O ,Danga Bay , dan lain-lain tempat tanpa mendapat pengawasan dari ibu bapa. Kalau anak dah terbunuh ke, dah di bunuh ke, membunuh ke, kene lenyek lori ke, tau  pulak nak  ‘crying like crazy’.
Tahukah anda, remaja zaman sekarang lebih cenderung untuk melakukan jenayah daripada orang dewasa ATAUPUN warga emas? Remaja mengalami perubahan hormon secara drastik, sekaligus menyebabkan fikiran mereka bercelaru. Hanya sesetengah daripada mereka sahaja yang tidak mengalami gangguan mental yang ‘ringan’ ini.
media massa juga memainkan peranan penting untuk mengelakkan remaja dari unsur-unsur negatif. sekolah juga perlu membuat ceramah/motivasi/kempen untuk menjauhkan remaja daripada gaya hidup bebas dan adat resam budaya barat .

macam mana nak elak??
kalau terasa nak buat perkara – perkara jahat tu cepat-cepatlah zikir,kemudian fikir 999,988,999 kali sebelum nak membuat perkara-perkara yang sesat tu, ye??
oh ye,,,, <lihat di bawah>





lupa nak cakap... gaya hidup keluarga juga memainkan peranan dalam hidup remaja. kalau ibunya free-hair, anaknya pun ikutlah. kalau ibunya keluar pergi market, anaknya pun pakai baju kecik dengan 'legging'. walaubagaimanapun, TAK SEMUA  remaja macam ni.. okay??


Dah lah, nak tulis banyak-banyak pun dah geram sangat dah ni. Bye assalamualaikum!!

No comments:

Post a Comment