Saturday 24 March 2012

blogger setia~ that's me!


Assalamualaikum w.b. t  dan selamat sejahtera  u all~

sebenarnya agak susah untuk menjadi seorang penulis blog seperti saya. Kita perlu memikirkan hal yang hendak di’post’kan di dalam blog supaya entri kita tidak menyentuh perkauman, sensitiviti,agama, dan tidak melibatkan mana-mana artis.
Saya mengaku, saya juga pernah membuat entri blog yang  memalukan seperti itu. Walaubagaimanapun, kini saya telah mulakan hidup baru, juga blog yang baru!
Seperti kejadian yang melibatkan seorang penulis blog dan seorang pelakon berumur 18 tahun itu, saya berpendapat itu hanya salah faham. Kalaulah pelakon itu tidak membuat hal yang dipaparkan di dalam blog itu, mengapa dia harus takut? tapi sumpah, entri itu amat memalukan!

Kepada penulis blog itu, carilah cerita yang munasabah sedikit. Walaupun blog anda itu blog hiburan, tidak semestinya anda perlu membuat entri tanpa bukti YANG SAH. Lagi pula, anda tidak pasti ‘makhluk’ yang berada di dalam video lucah itu adalah pelakon yang dimaksudkan, bukan begitu? 

Penulis blog itu juga telah disaman. Hal ini yang perlu dielakkan jika hendak menjadi blogger yang cemerlang. TETAPI, tidak semestinya jika kita tidak disaman, bermakna entri yang kita hasilkan itu BAGUS! Dan kita perlu ingat, followers ramai tak bermakna entri kita menarik, dan followers sikit tak bermakna entri kita tak menarik .

Itu sahaja untuk minggu ini. Saya harap pembaca-pembaca blog saya tidak menyaman saya. Sekalipun anda menyaman saya, anda perlu mempunyai bukti yang sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat kukuh.
Sekian ,terima kasih. Ada masa kita bertemu lagi!

~SAYA SAYANG BLOG SAYA~

1 comment:

  1. add saya di FB ....... Tds Rumbia

    ada rahsia baek punye

    ReplyDelete